Tuesday, December 18, 2018

fertilizer injector

sebagai penambah baikan sistem saluran baja, aku dah membeli alat ini, fertilizer injector.
fungsi nya ada untuk meng'inject'kan baja semasa air di beri kepada pokok.

Terdapat juga setting untuk menentukan kepekatan EC baja semasa baja disalurkan kepokok pokok.




- Dis 2018

Monday, December 17, 2018

Persediaan Untuk Keselamatan Kebun

Memang kebun ada banyak habitat habitat asli di situ mcm kera lutung beruk monyet babi hutan kijang pelandok rimau lintah pacat ulaq dan bermacam jenis habitat lagi.

Sebagai langkah untuk menjadi daripada gangguan makhluk perosak tanaman, aku bercadang untuk mengawal kawasan dengan memasang pagar elektrik.

 Alat ini mampu untuk menjana lektrik sekuat beberapa puluh ribu Kilo Volt, cukup untuk mengejutkan makhlok perosak.


sekian . Dis 2018

Benih Sudah Sampai

Minggu ini , awal disember 2018 , aku pi beli rizom halia dari seorang penanam di Yan Kedah.
Aku pun tak berani nak beli banyak banyak takut sat ni aku tak dan nak semai, maklumlah laa aku buat sorang.

Sebagai orang baru dalam bidang apa pun, kita kena timba ilmu sebanyak mungkin dari sesiapa saja yang sudi berkongsi ilmu. Jadi masa aku di tempat penanam di Yan tu, kebetulan penanam tu pun seorang guru, jadi aku panggey dia 'cikgu'. Banyak juga yang dia bagi tau aku pasai tanaman halia ni.

Apa yang aku perlu buat, bila dah balik nanti, menurut pesan cikgu tu, aku kena basuh dulu untuk membuang tanah tanah yang melekat di rizom tersebut, tujuan nya, supaya penyakit dan virus drpd tempat asal tidak di bawa ke tempat semaian yang baru. Itu laa yang aku buat.


aku juga disarankan supaya merendam rizom ini kedalam larutan racun kulat .



Aku telah memilih untuk menanam dua jenis halia , iaitu halia thailand dan halia bentung. Rizom halia bentung agak mahal jika dibandingkan dengan harga halia thailand.

Aku juga meminta anak penakan aku sediakan rak untuk meletak benih benih halia itu nanti.
Setelah bertungkus lumus beberapa hari , dengan bantuan beberapa orang ahli keluarga dan juga jiran sebelah, kerja kerja memasukkan benih kedalam polybag benih selesai dan disusun diatas rak ditempat semaian, yang sebelum ini digunakan untuk menyemai benih lada hitam.


aku juga menyediakan sistem siraman otomatik untuk menyiram semai semai ini..

dijangkakan, dalam masa 20 hari, benih benih ini sedia untuk dipindahkan ke tapak.

sekian untuk kali ini.. disember 2018


Sunday, December 2, 2018

clear tapak - halia

sebagai permulaan untuk tanaman halia , aku sediakan sebidang tanah seluas 1 hektar untuk tujuan aktiviti tanaman halia ini.
pertengahan bulan nov 2018, telah selesai urusan membersihkan kebun yang sedia ada untuk dijadikan tapak. aku gunakan kidmat sorang penduduk kampung yg ada backhoe untuk kerja kerja pembersihan.

Tapak projek ini, asalnya ditanam dengan pokok getah yang terbiar, dan juga telah terbakar pada musim kemarau beberapa tahun yang lalu.


Ditapak tu, terdapat sebatang pokok yang amat tinggi dan juga besar. Pokok itu terselamat drpd menjadi korban disodok oleh kontraktor terdahulu kerana mengikut kata depa , pokok tu berhantu. 

Bila sudah clear, aku pi dikawasan tu, aku dapat recall balik aku pernah dizaman aku kanak kanak dulu, aku pernah tinggal disitu dengan kedua ibu bapa aku . masa tu pak aku 'mugaq' (bahasa kedah) kebun ni,. Pak aku buat rumah kayu disitu, tukai jagong, tukai padi huma, dan ada ayaq charok ditepi bukit. .. itu 50tahun yang lalu.



Monday, September 17, 2018

mencuba tanam halia

sebagai usaha untuk mencambahkan usaha dalam bidang pertanian, aku ingin mencuba cuba menanam halia. Tapi aku belum lagi memilih spesis halia yang hendak ditanam, hasil daripada carian di internet, ada beberapa spesis ditanam oleh penanam halia , saperti halia bentong, thailand, indonesia, china dan beberapa jenis spesis lagi. Tapi kerja memilih boleh dibuat kemudian, buat peringkat ini, aku berusaha mencari ilmu dan juga teknik menanam. Begitulah kekayaan ilmu diinternet yg dapat ditimba tanpa perlu pergi kelas.

Monday, September 10, 2018

jual benih anak lada hitam

alhamdulillah, baru baru ini ada seseorang yang datang dari pekan Changloon, dan memperkenalkan diri dia sebagai ‘Khai’ , kata dia , dia nak beli lada hitam yang aku keluarkan untuk tujuan ekspot ke Negara China. Aku maklumkan pada dia yang keluaran aku tidak mencukupi untuk tujuan ekspot sebab kebun aku pun tak luas, dan aku pun ada masalah kewangan untuk tujuan pembesaran usaha kebun aku ni, terutama aku perlukan modal yang lebih untuk tujuan menguruskan kebun terutama dari segi membayar upah.
Menurut kata Khai, dia sanggup membeli hasil keluaran kebun aku, dan juga meminta aku tambahkan keluasan tanaman aku.

Alhamdulillah, dua tiga hari kebelakangan ini, sudah ada kenalan kenalan yang datang untuk membeli anak benih lada hitam untuk mereka mulakan menanam lada hitam di kawasan mereka. Walaupun tidak banyak, tetapi sudah cukup untuk menjadi pemberangsang untuk tujuan percambahan kegiatan ini di kawasan sekitar.

Friday, June 15, 2018

bahan rujukan ilmiah

sebagai usaha untuk menambah pengetahuan dalam bidang baru ini, aku selalu google utk mencari bahan bahan rujukan, antaranya ialah : terima kasih pada yang sudi berkongsi ilmu.

https://www.slideshare.net/renazainal2/udang-kara-r1
http://www.thesundaily.my/news/1126777

Thursday, June 7, 2018

mencuba bidang tambahan - ternak lobster air tawar

minggu ni, aku memberanikan diri untuk mencuba menternak lobster air tawar.
aku dah beli beberapa ekor anak lobster berukuran 3 inci untuk menjimatkan masa pembesaran dan bertelur.

aku dah sediakan tempat untuk menternak dengan menggunakan bekas plastik, pam angin dan juga pam air.
untuk tujuan penapisan air, aku guna kitar semula bekas minyak masak dan masukkan filter media dan juga aktif karbon.


sekiranya ini berjaya dan dapat bertahan, aku akan kembangkan lagi bekas bekas ini untuk menternak anak anak lobster pulak.