Thursday, May 2, 2019

persediaan dan percubaan untuk menghasilkan prodak.

aku bercadang untuk menghasilkan prodak prodak hasil drpd kegiatan pertanian, umpamanya , essential oil.

sebagai persediaan, aku mencuba menyediakan alatan yang bakal digunakan, memandangkan modal yang tiada, aku cuba menghasilkan peralatan ini drpd bahan bahan terbuang yang ada disekeliling rumah. spt dibawah.
kenapa perlu menghabiskan modal utk benda yg serupa fungsinya yang boleh dibuat sendiri.

akan aku update diblog yang akan datang.
may 2019.

makin membesar


alhamdulillah, pokok halia semajin hari semakin membesar dengan bantuan anak sedara aku yg bekerja dikebun.


Sunday, April 7, 2019

Pindah anak benih ke tapak

sikit demi sikit, benih benih dipindahkan ke tapak sambil membuat tempat perlindungan drpd panas dan hujan dengan gunakan orkid net 50%


Persediaan Tapak


Dengan bantuan anak penakan aku, nazri, aku minta dia tebas dan cerahkan tanah yang semak samun. Mula mula, dia buat tanpa guna jentera, tapi aku nampak mcm kena guna back-hoe untuk mempercepatkan kerja kerja cuci kawasa , lagi pun tapak tu penuh dengan pokok pokok kecik dan akar akar . Mula mula aku ingat sewa 1 hari sudah memadai, tapi bila dah lepas 1 hari, nampak tak banyak mana pun boleh dicuci, aku tambah lagi 2 hari. lepas 3 hari kerja baru laa nampak cerah sikit kawasan .
















Tapak Projek okt 2018

Tapak yang aku pilih untuk dijadikan tapak projek adalah dilereng bukit dan bersebelahan dengan carok (parit tali air dari bukit). Aku dok tanya orang orang sini, ayaq carok ni keghin kaa kalau mai musim kemarau?, depa kata ayaq situ tak pernah keghin, dok ada sedia. Aku pun tau jugak asai usul carok tu.
aku ingat masa aku kecik kecik dulu, aku ikut pak dan mak aku mai meron dan tukai padi huma disitu. masa tu aku ingat umoq aku dalam 3 atau 4 tahun.

Kebetulan pulak, ada pulak tempat sekat ayaq situ, dah jadi mcm tempat takongan, jadi senang laa nak pam ayaq nanti.
gambaq ini diambik pada bulan okt 2018.
aku ada jugak membuat sedikit kertaskerja tujuan nak minta grant jabatan pertanian di bawah tanaman herba.
Ada laa jugak beberapa pegawai pertanian yang mai melawat tapak.
semasa lawatan tu, pegawai pertanian dah hint kat aku, bantuan utk aku tak dapat dihulurkan atas beberapa sebab, antaranya:
1. depa nak tengok aku buat dulu sebelum depa decide samada nak bantu atau tidak.
2. bantuan dibawah herba untuk kawasan ni tidak lagi diperuntukkan kerana dulu ada penanam yang diberikan bantuan, tetapi gagal menjalankan projek.
3. menurut salah seorang pegawai tu, jabatan cuma membantu mereka yang sudah berjaya menjalankan aktiviti pertanian.

bila dah dengar alasan begitu, aku pun dah tawarhati untuk meminta bantuan dengan jabatan pertanian lagi. aku terpaksa mencari bantuan kewangan lain untuk meneruskan projek ini.
Aku mengalihkan untuk meminta bantuan daripada rakan rakan sekolah, dengan membuka pintu untuk mereka menjadi pelabur didalam projek aku ini. Ada beberapa rakan yang sanggup menjadi pelabur, dan ada juga agak kurang yakin dengan usaha aku, menarik diri disaat akhir. aku tak berkecilhati kerana bukan senang untuk mendapatkan sokongan kewangan. Projek aku tetap diteruskan jugak walaupun dengan kekangan kewangan.

Saturday, January 5, 2019

pucuk dah huluq

hari ni (selepas lebih kurang 20 hari), pucuk pucuk halia sudah mula nampak keluar menampakkan diri.
aku tengok halia bentung lebih cepat keluaq pucuk dibandingkan dengan halia thailand.
ini adalah benih halia bentung yg nampak sungguh agresif.

dibawah ini, adalah halia thailand, disemai 2 hari lebih awal, tapi kurang sikit percambahan depa.
sekian entri untuk kali ni. jan 2018.