Friday, February 14, 2020

cuba hasilkan prodak hiliran

Sedang mencuba berbagai prodak sambil meneliti yang mana mendapat sambutan. Kebanyakan prodak yang dihasilkan, diiklankan menggunakan social media dan juga online store spt shopee dan lazada.

prodak yang cuba dihasilkan adalah:
1. serunding halia bentong
2. serbok halia bentong
3. halia bentong kering



Tuesday, February 11, 2020

Memungut/memproses/memasar hasil tanam

Bukan suatu yang mudah apabila kita sebagai petani terpaksa bergantung kepada ihsan orang tengah/peraih untuk memasarkan hasil kebun kita. Pertama sekali harga kita ditentukan oleh peraih, begitu juga pasaran barangan kita juga ditentukan oleh mereka.
Aku cuba sebaik mungkin untuk menyingkir pihak tengah ini dengan memproses, menghasilkan prodak dan sekali gus menjual terus kepada pengguna. Satu kerja yang agak berat dan memakan masa dan tenaga.

proses dehydration menggunakan dehydrator.
Ataupun aku cuba mengeringkan dengan menjemur di tengah panas. Hasilnya agak memuaskan. Ia mengambil masa 2 hari bergantung kepada keadaan terik matahari.

Ini adalah sebahagian daripada hasil yang dituai, yang perlu di proses.




Monday, February 10, 2020

Bencana Alam

Kegiatan pertanian adalah satu kegiatan yang amat sensitif dengan perubahan alam, saperti hujan, angin, kemarau dan banjir.
Disini aku cuba tunjukkan cabaran cabaran yang terpaksa dilalui.

keadaan struktur yg runtuh selepas dilanda ribut.
keadaan kawasan tadahan air yang semakin kering dimusim kemarai yang panjang tahun 2020

lawatan lawatan rakan dan kenalan


aku ada juga menerima beberapa pelawat yang berminat untuk melihat hasil tanaman aku, saperti rakan rakan dan juga pegawai jabatan pertanian.

walaupun ini adalah hasil pertama aku, tidak sebanyak yang dijangkakan, namun akun masih bersyukor kerana mendapat hasil yang dapat aku jadikan ukoran untuk kejayaan dimasa akan datang.