Tuesday, September 6, 2016

Pengairan - 3 moving forward

Bersambung lagi bab pengairan .
Buat masa ini, kerja kerja pengairan banyak di kawal secara manual , makna kena pi on dan off pam , valve (org kampung sebut stop cork) , ada beberapa valve di atas bukit sana , yang terletak di paras 100 meter dari paras laut.
Usaha untuk menaikkan air dari kaki bukit ke dalam tong tong di puncak bukit di lakukan dengan 3 biji pam, mungkin akan berusaha untuk mengurangkan kepada 2 pam.

Untuk masa kedepan aku bercadang untuk menggunakan sistem automasi yang aku bangunkan sendiri menggunakan interface Arduino .

Monday, September 5, 2016

Pengairan - 2

Sambung lagi cerita pasai boring telaga tuib.
Aku baru tau, rupa rupanya ada berbagai kaedah untuk mengorek telaga tiub.
Kaedah pertama , menggunakan air. Dengan kaedah ini , air dipam masuk kedalam lubang semasa proses menggali. Tujuan air dipam masuk ialah supaya air itu akan menolak keluar tanah tanah yang digali keatas permukaan bumi. proses ini akan berjalan sehingga mencapai tahap dalaman yg di ingini.

Kaedah kedua , ialah menggunakan high pressure air (angin). serupa jugak dengan kaedah pertama cuma ini lebih efisyen dan juga lebih mahal.

Kerana nak jimat kos, aku memilih kaedah pertama (ia itu menggunakan air). ternyata kaedah ini cuma dapat mengorek sedalam 20 kaki sahaja . Aku tiada pilihan lain selain daripada mencuba kaedaj yang kedua walaupun kos 2 kali lebih mahal daripada kaedah pertama.
Hasilnya amat memuaskan, dan berjaya mengorek sedalam 120 kaki untuk bekalan air yang tidak putus.

Sunday, September 4, 2016

pengairan - 1

oleh kerana bentuk muka bumi tanah yang agak mencabar, ia itu berbukit . jadi masalah pertama yang aku hadapi ialah sistem pengairan yang berkesan supaya tanaman tidak terjejas dimusim kemarau.
kemarau di kawasan utara terutama negeri kedah adalah suatu yang perlu diambil perhatian serius olih mereka yang ingin berkecimpung dibidang pertanian.

aku mula pencari sumber air disekeliling tanah kebun, jalan yang paling mudah ialah dengan menggali telaga.

hasil maklumat daripada kenalan, aku dapat kidmat drpd Abang Mat Maidin , yang juga kontrektor Jabatan Galian dan Mineral, untuk menggali telapa tiub sedalam 120 kaki untuk mendapat sumber air yang tidak putus , insyaallah.

Inilah equipment yang di angkut ke tapak yang digunakan untuk mengorek lubang.

h