Monday, September 5, 2016

Pengairan - 2

Sambung lagi cerita pasai boring telaga tuib.
Aku baru tau, rupa rupanya ada berbagai kaedah untuk mengorek telaga tiub.
Kaedah pertama , menggunakan air. Dengan kaedah ini , air dipam masuk kedalam lubang semasa proses menggali. Tujuan air dipam masuk ialah supaya air itu akan menolak keluar tanah tanah yang digali keatas permukaan bumi. proses ini akan berjalan sehingga mencapai tahap dalaman yg di ingini.

Kaedah kedua , ialah menggunakan high pressure air (angin). serupa jugak dengan kaedah pertama cuma ini lebih efisyen dan juga lebih mahal.

Kerana nak jimat kos, aku memilih kaedah pertama (ia itu menggunakan air). ternyata kaedah ini cuma dapat mengorek sedalam 20 kaki sahaja . Aku tiada pilihan lain selain daripada mencuba kaedaj yang kedua walaupun kos 2 kali lebih mahal daripada kaedah pertama.
Hasilnya amat memuaskan, dan berjaya mengorek sedalam 120 kaki untuk bekalan air yang tidak putus.

No comments:

Post a Comment