fungsi nya ada untuk meng'inject'kan baja semasa air di beri kepada pokok.
Terdapat juga setting untuk menentukan kepekatan EC baja semasa baja disalurkan kepokok pokok.

- Dis 2018
this blog is about my life and activities as farmer on a piece of land inherited from my parents.
Alat ini mampu untuk menjana lektrik sekuat beberapa puluh ribu Kilo Volt, cukup untuk mengejutkan makhlok perosak.sebagai permulaan untuk tanaman halia , aku sediakan sebidang tanah seluas 1 hektar untuk tujuan aktiviti tanaman halia ini.
pertengahan bulan nov 2018, telah selesai urusan membersihkan kebun yang sedia ada untuk dijadikan tapak. aku gunakan kidmat sorang penduduk kampung yg ada backhoe untuk kerja kerja pembersihan.
Tapak projek ini, asalnya ditanam dengan pokok getah yang terbiar, dan juga telah terbakar pada musim kemarau beberapa tahun yang lalu.
Ditapak tu, terdapat sebatang pokok yang amat tinggi dan juga besar. Pokok itu terselamat drpd menjadi korban disodok oleh kontraktor terdahulu kerana mengikut kata depa , pokok tu berhantu.
Bila sudah clear, aku pi dikawasan tu, aku dapat recall balik aku pernah dizaman aku kanak kanak dulu, aku pernah tinggal disitu dengan kedua ibu bapa aku . masa tu pak aku 'mugaq' (bahasa kedah) kebun ni,. Pak aku buat rumah kayu disitu, tukai jagong, tukai padi huma, dan ada ayaq charok ditepi bukit. .. itu 50tahun yang lalu.
alhamdulillah, baru baru ini ada seseorang yang datang dari pekan Changloon, dan memperkenalkan diri dia sebagai ‘Khai’ , kata dia , dia nak beli lada hitam yang aku keluarkan untuk tujuan ekspot ke Negara China. Aku maklumkan pada dia yang keluaran aku tidak mencukupi untuk tujuan ekspot sebab kebun aku pun tak luas, dan aku pun ada masalah kewangan untuk tujuan pembesaran usaha kebun aku ni, terutama aku perlukan modal yang lebih untuk tujuan menguruskan kebun terutama dari segi membayar upah.
Menurut kata Khai, dia sanggup membeli hasil keluaran kebun aku, dan juga meminta aku tambahkan keluasan tanaman aku.
Alhamdulillah, dua tiga hari kebelakangan ini, sudah ada kenalan kenalan yang datang untuk membeli anak benih lada hitam untuk mereka mulakan menanam lada hitam di kawasan mereka. Walaupun tidak banyak, tetapi sudah cukup untuk menjadi pemberangsang untuk tujuan percambahan kegiatan ini di kawasan sekitar.